Pages

Monday, December 5, 2011

" Panggilan Untuk Ceknoh "

CEKNOH !!!!
Anda berjaya jadik FOLLOWERS jaja yang ke-100.
untuk tau yang jaja ade wat give away tau
untuk kamu sebab kamu berjaya jadi yang ke-100.
Best best..hihi   ^__________^
Jaja cuba untuk contact kamu.
Tapi tak berjaya.

Email jaja bole tak CEKNOH?
atau kamu bole comment je kat entry ni..

Macihhhhhh...

P/S : Mood nak join contest ade, tapi tunggu mood baik datang..hihik



Friday, December 2, 2011

" Berita Penting "


Malas pulak nak update blog.. kuangkuang.. :P
Sebenarnye bukan malas ape.
Malas sebab takde idea nak cite.
Kat blog ni ade dua entry yang masih dalam draft
yang belum boleh di publish lagi sebab tak siap sepenuhnya.
So nak cite ape dulu pon tak tau..hihi..
Jaja nak update design blog tapi rase cam sayang plak kat
design yang sekarang ni. bole? kikiki

 
Berita penting sebenarnya nak cerita pasal
DARAH HIV DALAM PEPSI?

Betul ke tak?
Pagi tadi Incik Suami saya dapat SMS dari
kakak die..merangkap kakak ipar saye la kan..heeee~~
Menyampaikan berita tentang ada Darah HIV dalam minuman pepsi
dan lain-lain lagi..Content SMS tu lebih kurang macam ni

"Utk beberapa hari akan datang, jangan mengambil minuman dari mana - mana
produk dari syarikat Pepsi, Tropicana juice, Slice, 7UP, Coke dan lain - lain
kerana ada pekerja dari syarikat itu telah menambah darahnya
yang tercemar dengan HIV. Tengok Ntv7 untuk lebih lanjut"

Lebih kurang macam tu la bunyinya..lebih kurang ye, harap maklum..
 T__________T

Ini info yang jaja dapat bila sessi mengGOOGLE di jalankan:

1) Dari Harian Metro :

KUALA LUMPUR: Isu penyebaran SMS secara meluas yang menyeru pengguna
supaya tidak mengambil minuman seperti Pepsi, Tropicana, 7up dan beberapa
minuman lain kerana mempunyai campuran darah yang
dijangkiti penyakit HIV adalah PALSU.
Naib Presiden Pemasaran Permanis Sdn Bhd, Hemalatha Ragavan,
berkata ada individu yang cuba menyebarkan SMS palsu itu tanpa usul periksa.

Perkara itu dipercayai ditulis dalam sebuah laman web dari luar negara
pada Julai lalu mengenai insiden darah HIV kononnya sengaja
dicampurkan dalam minuman popular dan maklumat tidak dipercayai
rakyat negara itu sendiri.


2) Dari blog-blog lain :

Banyak blogger yang survey macam mana HIV boleh berjangkit.
So jaja tanak la tulis kat sini kan..sebab korang boleh
menggoogle sendiri jugak kan..hihi  ^_____^
Tapi rata-rata dari yang jaja baca lah kan,
HIV ni memang tak boleh berjangkit kalau kite minum air
yang telah bercampur dengan darah HIV tu.

Tapi yelah kan, jaja pon manusia.
Korang pon manusia.
So, kalau ragu-ragu, TAK PAYAH minum.
Tu untuk menyedapkan hati kita la kan kan kan.

Kalau ikut content SMS tu pon tak logik la sikit.
Sebab kata jangan minum dalam beberapa hari akan datang.
Air pepsi dan yang lelain tu kan ditinkan, dibotolkan,
amik masa berbulan jugak tu baru kita nak beli.
So bukan beberapa hari la kite jangan minum.
Kalau boleh jangan minum sampai  setahun.
Atau jangan minum langsung.
Puas hati kite semua kan.
Tak perlu risau lagi... ^_____^

Tapi, apa-apa pun..terima kasih sesangat kat kakak ipar jaja.
Kami tau angah sayang kami..wink wink ^__^
Tetibe perasan T________T


Memang kite semua patut berwaspada.
Jadi walaupun berita tu palsu ke betul ke.
Kite kena mengGOOGLE dulu untuk cari kebenaran.


 

Monday, November 28, 2011

" Air Batu Campur "

First sekali tajuk takde kene mengena.
Hahahaha.
Tetibe teringat kat ABC seksyen 2 Shah Alam.
Dah ketagih. Tapi kene tahan nafsu. Hihihi..

Memula jaja nak cakap pasal entry blog kebelakangan ni.
Tak banyak gambar.
Bosan tak? Harap-harap tak bosan..hehehhh  ^___^

Pastu nak cakap pasal orang yang bertuah akan jadi
FOLLOWERS yang ke-100..
apa yang jaja perasan, semua dok tunggu orang lain jadik
followers dulu sebab diorang nak jadi orang yang bertuah tu..
hehehh...
macam-macam cara boleh wat..
kowtim la ngan adik-adik ke, kawan-kawan ke, untuk jadi followers.
pastu nanti korang dapat la jadi FOLLOWERS ke-100 tu.
hihi..

Pasni jaja rase nak wat contest pulak.
Sejak dua menjak ni rasa murah hati sangat nak
bagi hadiah kat kengkawan yang kiut miut ni..
* Semua pembaca blog jaja kiut hokeyyy..weeee ^___^*
*Sile jangan kembang hidung sangat yeh..hihik*

Pastu nak cakap pasal sesuatu ni pulak.
Sebelum ni jaja ade menyewakan bantal nikah/tunang kan,
penyewaan tu still on lagi tau.
And pasni, bukan takat bantal je.
Macam-macam lagi jaja nak sewakan.
Tunggu yeh kengkawan.
Entry tu jaja da taip sikit-sikit da.
Da ready pon dalam draft tu..hihi...
Cume nak masukkan gambar-gambar ngan edit
lagi sikit mana yang perlu.

Bukan setakat sewa barang je tau..
Jaja akan open tempahan jugak.
Tempahan apa?
Tu rahsia. Nanti-nanti baru tau.
Heheh..

Tunggu next entry yeh.
Jaja nak join satu contest ni. Ada kawan dari blog ni tag.
Tapi tengok tarikh tutup lama lagi kan,
So jaja decide, nak update design blog jaja dl. hihi

Lap u my pren.. hihi




Sunday, November 27, 2011

" Pelik "

Dulu-dulu jaja suke beli barang-barang makeup
Tapi suke beli je, pakai memule je.
Dua tiga kali je pakai. Al maklum la barang baru beli.
Pastu da tak pakai da.
Terbiar macam tu aje.

Kalau dulu pegi dating ke pegi kenduri-kenduri besar ke,
dinner ke..apa-apa je lah..
jangan harap nak pakai sebab malas.
Lebih-lebih lagi nak pakai makeup pegi kenduri kawen
area kampung ni je.

Tapi sekarang da pelik.
Kenapa pelik?
Sebab semalam jaja gi kenduri kawen abang sepupu,
Kira dekat je dengan umah ni ha.
Tapi jaja beria pakai lipgloss ngan eye shadow.
Walaupun tak tebal.
Tapi tetibe rajin pakai.
Ari tu pon sama jugak.
Nak pegi hantar pisang je pon kat umah makcik.
Tapi rajin calit lipgloss.

Pelik kan.
Pelik dengan diri sendiri.
Kat umah pun rase nak pakai lipgloss.
Tu perasaan pagi tadi.
Tapi takkan tak mandi lagi nak gedik pakai lipgloss kan.
Hahaha.

Tengok je la sampai bile perangai ni berterusan.
Adakah sampai raye tahun depan?
Hepi giler kalo camtu..
Sekurang-kurangnya takde lah membazir barang-barang
makeup yang dibeli time dolu-dolu tu kann..

Bersambung.....  :P


Saturday, November 26, 2011

" Tahniah..anda yang ke-100 "

Tajuk je ngade-ngade..padahal belum sampai 100 lagi pon..hihi
Sebenarnya jaja nak wat mende best la sikit kan.
Merujuk kepada tajuk kat atas, jaja rasa nak bagi hadiah sikit
* sikit je tauuuu..hihi..sikit tapi best! ^_____^ *
kat sesape yang berjaya jadi FOLLOWERS jaja yang ke-100.

Sekarang ni jaja baru ada 91 followers aje.
So lagi 9 orang nak capai ke tahap 100 tu kan untuk membolehkan
jaja tick kat bahagian "100++ Kengkawan Blog" kat
side column " Saye nak? " jaja kat sebelah kanan tu.
Nampak tak kengkawan sume? Nampak kan kan kan..heheee~

Apa sikit hadiah yang jaja nak bagi tu yeh..?
Ermmmm... Ermmmmm..
Ceh ceh..lama pulak pikir..hihi..

Ni contoh hadiah yang jaja nak bagi kepada FOLLOWERS ke-100
yang sangat bertuah tu nanti.



Tapi bukan sebijik camni ye. Kaler pon tak same camni.
Berkemungkinan kaler biru ke hijau ke..yang tu SURPRISE! hihi
Jumlah pon tak same camni. Jaja nak bagi satu je..
dalam gambar ni ada tiga kan..hihi...
Tapi yang jaja nak bagi siap bertutup dan boleh klip lagi macam purse.
Saiz lebar ngam-ngam boleh masuk duit RM50 tau.

So, kepada bakal FOLLOWERS ke-100 untuk blog jaja ni,

kalau anda lah orang yang jaja maksudkan,
anda rasa kompem-kompem anda followers yang ke-100,
boleh terus email jaja kat
dan terus nyatakan,
- Nama penuh anda
- Alamat anda
*untuk pengeposan hadiah comel tersebut..hihi*
- No phone anda

Tu hanya untuk memperingati jaja..yela kan..
kot kot jaja tak perasan kan.
Tapi InsyaAllah jaja akan sentiasa check blog jaja ni.
Kan da janji nak rajin update start senin depan ni
T___________T




Friday, November 25, 2011

" Mood ke laut "

Ari ni rase tak best..
Niat berblogging hari-hari ada tapi bile dok je depan laptop ni
tak larat jari-jemari i nak menaip..hahaha **gediks

ok stop..kali ni rase nak berjanji kat diri sendiri
start hari isnin bersamaan 28 November 2011.saye nak tulis blog
secara bersungguh-sungguh..Boleh?
Sile bagi semangat ye kengkawan..hihi

Sekarang ni mengganggur.. amik keje yang boleh di buat dari
rumah je. Contohnye jahit manik...
Selebihnye makan makan dan makan lagi  T______T
Berat badan pun dah bertambah.
Bile nak start diet tak tau..Mungkin bulan doblas nanti..
T_____________T   lagi.
Semoga cita-cita saye nak berdiet akan tercapai..hihihi

Ok ari ni jaja nak cite apa yang da jadi hari ni.
Memula tu bangun tido kan, pastu relax-relax,
pastu tengok tv pastu relax-relax,
pastu masak, pastu makan, pastu relax-relax lagi.
Tu je aktiviti hari ni..
Takde apa-apa pun yang lebih ekstrem yang jadi.
Hampessss kann..hahaha

Ermm...Disebabkan hari ni mood jaja seperti title yang
telah disebutkan di atas tuuuu..
Jadi, Bye.


Thursday, November 24, 2011

Friday, November 4, 2011

" Hi kawan2... ^____^ "

Setelah sekian lama tak berblogging,
Akhirnye jaja nak berjinak-jinak balik untuk tulis blog kat
blog yang da agak berhabuk ni.
Agak-agak kalo la blog ni betul-betul boleh mengeluarkan habuk cam
habuk yang ade bile korang tak kemas umah 6 bulan kannn!!! hahaha
Kompem-kompem jaja sekarang ni ngah menaip sambil bersin-bersin.
Memang bebetul alah ye, bukan saje konon-konon
mengade la bagi alasan tanak kemas umah. Hahaha...

Nengok dekat draf pon ade satu entry pasal baju tunang..huuu~~
tak tersempat update
*sempat kalo nak ikut kan..tapi takde mood nak ngadap blog sendiri*
dari entry mood ala-ala baru jadi tunangan orang,
sekarang da jadik ISTERI orang da pun. Hihi.

Next entry baru nak bebel-bebel lagi.
Sekarang nak nengok tb Anugerah Skrin 2011.
Selamat menonton.


Tuesday, May 10, 2011

" Lama tak update? "

Dah lama tak hupdate kan kan..!!
Banyak hal nak kena selesaikan...fushhhhhh

Beberapa hari sebelum ni memang sibuk tak lekat kat umah.
Pergi kenduri, cari kerja *eh yeke ni..hihi*, jenjalan,
pusing-pusing, selain daripada tu, internet slow dalam seminggu
yang lepas.. Susah nak online..

Dan ada hal yang akan dipercepat kan..apa hal tu ye?
Tunggu tau.. Nanti saye akan revealkan semua nye..
Sekarang kena buat semua mende dengan pantas dan cepat.
Kena beli barang-barang, eh......
silap silap silap !!!
benda pertama sepatutnya kena cari kerja cepat-cepat
baru boleh beli barang-barang.
Simpanan semakin lama, semakin sikit..
Bak kata pepatah, bukit kalau ditoreh pon habis jugak.
betul ke pepatah tu..hihihihik..
belasah je la kan..  T____T

Next entry, saye janji akan tunjuk baju tunang..hihihi
*dah basi dah jaja oiiiiiiiiii...*
tapi tak kira..nak jugak wat entry tu..
sebab sebelum kita beralih ke fasa yang baru,
kita kena habiskan fasa yang lama dulu..hihi..

zasssssssssssssssssssssssssss
gua chow dulu ye..nak blogwalking..   ^_____^

 

Sunday, May 1, 2011

" Dapat Award..Yeayyyy"

Waaaaaaaa..jerit kuat-kuat..hihi ^_^
Sian kat semua orang tetiba jadik pekak kang..hihihi

Sebenarnya dah lama nak update pasal award ni.
Tapi keadaan Internet saye tak mengizinkan, nak load Facebook
pun kena tunggu berjanggut..
Upss..tu peribahasa je tau..saye takde janggut..hihik

First sekali nak cakap Mekacihhh kepada teman seangkatan saye
Cik Atie Serina sebab sudi menghadiahkan saye award kat bawah ni :


Bila dah dapat award ni, kita kena kongsi pulak cerita pasal diri kita..hihi..
Tak banyakk..5 aje..ada apa ye kat diri saye ni..
jom nengok...  ^_^

TENTANG DIRI SAYA :

1) Suka makan, makan dan makan lagi
2) Lahir kat KLANG, tinggal kat KLANG, kampung kat KLANG
*semuanya kat KLANG*
3) Anak perempuan tunggal *tapi tak manja hokehhh..*
4) Suka shopping benda-benda cute
5) Suka berangan kot..hihihi


Thursday, April 28, 2011

" Kejadian Ngeri "

Ada satu kejadian yang mengerikan dah terjadi !!
Alamak !!!!! apa benda yang mengerikan sangat tu..hihihihi  ^_^
Okey-okey..semua kene serius tauu..
Kejadian ni berlaku pada semalam iaitu pada 27 April 2011.
Masa tu lebih kurang pukul 10.30 pagi.
Saye sedang berada di depan Cik Dellwati.
Upssss...lupa pulak nak memperkenalkan siapa dia Cik Dellwati tu..hihik
 
Cik Dellwati tu adalah lappy saye ni..hihi...
Name Dellwati tu diberikan oleh saye bersempena dengan
brand lappy saye ni la kan..DELL..hihik
Disebabkan dia berwarna pink, itu menunjukkan lappy saye
adalah sebuah perempuan..
bukan seorang sebab lappy bukan orang kan..
jadi nye kite panggil die sebuah perempuan..ngehhh ^_^
 
 
Ohh..iklan da terlebih panjang pulak..
kite kembali kepada cerita kejadian yang mengerikan tadi ye..
Yeeee..kejadian ni memang mengerikan..*saje nak bagi suspen lagi..hihi*
 
 
Sedang saye asyik berchatting dan bermain Facebook,
saye toleh kebelakang saye..
Jeng jeng jengg...
 
 
Jeng jeng jeng jengg...
 
 
Jeng jeng jeng jeng jengg lagiiiiii...
 
 
Tak boleh nak di bayangkan macam mana perasaan saye ketika itu.
Terus saye menoleh ke Cik Dellwati semula dan bercerita
tentang kejadian yang mengerikan tersebut kepada
kawan baik saye Cik Ninie Suzaini.
Beliau pun turut mengalami perasaan yang sama macam saya jugak.
Abis bercerita kepada kawan baik saye, saye toleh lagi kebelakang.
 
 
Yeeee!!!
Kejadian ngeri tersebut masih lagi tidak berganjak dari tempatnya.
Lalu saye terus je bangun dari tempat saye duduk,
dan masuk ke bilik untuk mengambil kamera saye..
Silap-silap..bukan kamera saye ye..maap..maap..
Kamera tu kamera abah saye..hihihihi  ^_^
 
 
Sesudah mengambil kamera tersebut,
saye terus ke tempat kejadian ngeri tersebut lalu mengambil
gambar kejadian tersebut.
 
 
Jom kite tengok gambar kejadian tersebut.
Kengkawan pejam mata ye kalau rasa tak sanggup nak nengok.
Tapi nengok aje lah.
Jangan risau sebab kejadian tersebut takkan membuatkan
kengkawan semua sakit jantung, diabetes ataupun sakit-sakit lain.
 
 
Mari saksikan kejadian ngeri tersebut.
 
 
Jenggggggggggggg.....



Kikikikikikikikikikiki....kikikikikikikikiki...
Sambung gelak lagi..
kikikikikikikikikiki
kikikikikikikikikikikikikikiki
kikikikikikikikikikikikikikikikikikikiki

^__________^

Tak tahan betul nengok mudak tecik ni tito sambil peluk
tupperware camtu..
*Oh ye, mudak ni adalah anak jiran saye.. Mak saye lah babysitter nye..
Tapi memandangkan saye sekarang ni seronok tanam anggur kat
umah ni, jadinya mak dengan saye sama-sama jadi babysitter..hihi*


Sebelum mudak tecik ni tertidur, dia tengah main susun-susun
sumi @ jelly dua bijik kat dalam tupperware yang besar gabak tu.
Pastu, boleh pulak tengah main-main sambil baring,
terus tertidur peluk tupperware.
Ish ish ish..
Ish ish ish ish ish lagiii..



Wednesday, April 27, 2011

" Contest Sehati CWL & FARA "

Jom join contest lagi !!!!!
hihihihihihihihihihihihihihihihi...
kita semua kene sengih manyak-manyak tau kengkawan..
best nye kalau hari-hari ada contest..
hari-hari ada peluang untuk menang hadiah..hihik  ^_^

Untuk contest kali ni, saye telah di tag oleh Cik Amyra yang kiut sesangat..

Banyak hadiah yang best-best untuk si PEMENANG yang BERTUAH !
Hihi..kalo join contest memang kene bold bab PEMENANG dan BERTUAH tu..
Tujuan wat camtu saje-saje je..
kot-kot lah ade rezeki dan BERTUAH saye ni..hihi..
tapi kalau tak bertuah pun takpe la kan..bukan rezeki untuk kali ni..
tak salah kalau nak mencube nasib..heheh  =D
Okey..tanak tulis bebanyak.
*
*
*
*
TADAAAAAAAAAAAA~~~
Ni dia banner untuk contest yang kali ni..comey kannnnnn!!!



Syarat-syarat nak join contest ni :
1) Follow blog CWL dan FARA
2) Letak Banner cam kat atas tuu tuu...nengok..saye da letakk..hihi ^_^
3) Pastu kene letak gambar diri sendiri..yang ala-ala bajet kiut gituuu..
Ni gambar saye !!!!
Kalau kiut cakap kekuat..Kalau tak, cakap dalam hati je..kuikui  :P
 
 

 
Ada lagi syarat-syarat lain lagi..sila baca di [ sini ] ye.
Baca dari page tuan empunya contest lagi senang kan..hihi
Apa-apa tak tak faham boleh terus je tanya..
Jangan malu-malu ye..Malu bertanye sesat jalan nanti..hihik  ^_^
Kengkawan yang di tag untuk same-same join contest ni :

Mood sekarang :
Tak sabar nak tunggu result...hihihi  ^_^

Ucapan kepada tuan empunya contest :
Mekacih sebab buat contest ni..
Mesti semua orang hepi dapat join contest dengan hadiah yang
lumayan dan cantik-cantik..weeeeeeeeee...   ^_^




Tuesday, April 26, 2011

" Penangkap Gambar"

 Kali ni saye nak cerita pasal team Penangkap Gambar yang telah bertanggungjawab
untuk meng-snap semua gambar saye pada hari kejadian
*maksudnye hari semasa saye telah menjadi tunangan orang dengan rasminye..hihihi*

Team yang dimaksudkan adalah :
*
*
*

jeng jeng jengg....*kasi surprise sikit walaupun ramai yang dah tau...kikikikiki*

TEAM CREATIVEBIRD MARKETING


Saye saje je letak logo yang ni sebab logo ni baru je di tayangkan
kepada umum dan logo ni jugak melambangkan
sayap kanan bagi team CreativeBird ni..  ^_^
Kengkawan boleh tengok hasil kerja team ni kat :

1) entry saye [ sini ] yang lepas *gambar saye je yang kat sini*, atau boleh jugak
2) menjenguk page Facebook diorang [ sini ]ataupun
3) website diorang [ sini ] yang baru saje launching ari tuh.

Antara ahli team diorang ni sebenarnye kengkawan saye jugak.
Kengkawan masa belajar kat UniKL di suatu masa dahulu..hihik..

Selain daripada wedding/engagement photography, team ni jugak menawarkan
banyak lagi service lain. Antaranya :

- Web Design & Development

- Photography & Videography Services
- Wedding Card
- Event Management
- Makeup for event & Wedding
- Designing and printing multi-type media
- Tourism Agent
- Design, Printing and Laws Consultation
- IT Services
- Networking Services
- T-Shirt Sales and Design
- Souvenirs


Kepada sesiapa yang

berminat nak menggunakan khidmat team CreativeBird ni kan,
kamu-kamu boleh lah :

1) Email kat diorang :  enquiry@creativebird09.com
ataupun
2) Tepon atau sms je diorang :
Reefz (0162094560)
Hamzi (0192849567)

Jangan risauuuuu....
Diorang ni sporting abes! Apa-apa tanya je kat diorang okies  ^_^

Sunday, April 24, 2011

" Boleh tak saye nak baju ni ? "

Weeeeeeeeeee...akhirnya dah boleh update !
Walaupun terpaksa menggunakan alternatif lain untuk mengupload
gambar-gambar yang dikehendaki..hehehe

Topik hari ni adalah : " JATUH CINTA !! "

Da lame da asik nengok je baju si Adira ni..
Tak tau lah kenapa saye sukeeeeeeeeee sangat ngan baju yang
Adira pakai masa Anugerah Juara Lagu ke-25 ari tuh !
Dah la Adira tu memang cute..saye nengok macam bebudak je
yang nyanyi kat atas pentas AJL tu...
Macam jatuh cinta pandang pertama..hihihihik ^_^

Baju yang Adira pakai time tuh direka oleh Rizman Ruzaini.
Ohhh Rizman Ruzaini..awak tanak ke bagi baju tu kat saye..
hehehehe.....
Tapi kalau dapat pon belum tentu muat !
hurmmm  T___T

Oleh yang demikian, cuci mata aje lah nengok baju ni sambil
berangan-angan..

Source : [ sini ]

Source : [ sini ]

Source : [ sini ]


Saturday, April 23, 2011

" Menangis Laju-Laju "

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......uwaaaaaaa
huhuhuhu

Tujuan saye menangis adalah :

Saye nak update blog nih!
tapi tak tak tau kenapa tak boleh upload gambar..huhu..
asik cakap "SERVER REJECTED" aje..
ok! fine!

Jom semua.. kite nangis laju-laju..
gegegegegegege   :(



Monday, April 18, 2011

" Segmen: Europe Lucky Draw by Trigyy"

Hai semua!
Jom join Lucky Draw ni jom!

Saye dapat tau pasal Lucky Draw ni dari seorang kawan yang jugak
seorang blogger yang rajin memblog walking sane sini Atie Serina,
hihi..macih yanti!
So melalui dia saye buka blog yang sangat sempoi,
yang mana blogger nye sengaja buat Lucky Draw ni sebab dia
akan buat europe trip iaitu ke belanda, austria, germany dan italy.
Best kan !!! jelesnye !!! huhu... 
Dia akan balik semula ke Malaysia pada 21/4/2011.
So tu lah tarikh last untuk Lucky Draw ni ye kengkawan.
Jom cepat-cepat join sebab tak ramai yang akan dapat
cenderamata tu. Cuma 5 orang yang BERTUAH sahaja!

Nampak tak? Siap BOLD lagi kat BERTUAH tuu..hihihi
hope BERTUAH la saye ni kan kan kann  ^_^
tak dapat pegi Europe, dapat cenderamata kira best sangat dah..

So semua orang jangan lengah-lengah lagi..
Jom cepat ambil tindakan !


Klik header kat atas ni untuk ke blog tersebut!
 
Macam mana cara nak join ??
Senang je tu..
Kengkawan ikut je step-step kat bawah ni tau...
 
1. Buat entry bertajuk "Segmen: Europe Lucky Draw by Trigyy"
2. Letak hearder diatas dan linkkan ke entry ni.
3. Review Segmen nie
4. Letak link entry korang di ruangan comment.
5. Done! Mudah kan.

Semoga saye berjaya dan BERTUAH!
Semoga korang pon berjaya jugak!
Weeeeeee~~~~    ^____^




Sunday, April 17, 2011

" DIY Hantaran Untuk Si Dia "

Selamat hari Ahad semua orang!
Hari ni kan, saye rase cam nak hupdate
pasal hantaran pertunangan saye hari tu..
Mula-mula macam nak hupdate pasal baju..tapi pikir-pikir punye pikir
hurmmm..akan datang je la hupdate pasal baju
Sebab gambor full baju takde..kuikuikui..hihik....
Sebenarnye ade, tapi semua gambar ade kat photographer,
So kene la tangkap sendiri kalo nak hupdate cepat-cepat kat sini..
Nanti kalau saye da rajin baru saye snap-snap ye  ^_^

Sebelum saye tunjukkan gambar hantaran saye,
saye nak cakap pasal bantal duduk yang saye nak sewakan tu kan..
Ade yang mintak saye describe lebih details pasal bantal tu
Ni gambar bantal yang saye nak sewakan tu ye..
Amik balik gambar hari tu..hihihihihihi


Okeyssss...meh saye bagitau detailnye ye..

---------------------------------------------------------------------------------
Colour : Putih *Kalo dalam englishnye = White..hihi*
Bentuk bantal : Bulat *Macam dalam gambar di atas*
Diameter bantal tu : 37 inci = 94 cm *lebih kurang aje la ye..hihi*
Material : Polyester
Keadaan bantal : Sangat baik *takde cacat cela yee..*


Bantal ni lembut kat bahagian atas tempat duduk tu..
Bahagian bawah ade bulatan yg keras..
So bantal ni takleh dilipat2 ye..
Rasenye tu je details yang saye bole bagi..Kalau ade kekurangan,
rasa tak cukup, bole terus tanye saye melalui email..
jajakhalida@yahoo.com
---------------------------------------------------------------------------------
 

Sekarang baru boleh cerite pasal hantaran pulak..heheeee..
Hantaran untuk Si Dia *Incik Tunang saye* semuanye di DIY oleh
saye sendiri..Dari pada stand sampai ke ribbon !
* Sanggup buat stand sendiri disebabkan malas nak sewa dulang
kat orang..agak-agak bole letak barang kire okeh la tu kan..*
Isinye saye takde la wat sendiri kan..hihihihihi


Tema hantaran saye ni:
Glasses *Transparent konon-konon..hihi* + Pink + Golden Brown + Off white - Cream


Jom saye cerite sambil kite semua tengok gambar..
layannnnnn...  ^_^

 

1) T-Shirt Putih
*T-shirt ni saye beli kat Jusco Klang -  Brand : O'reef*


 2) Kuih Rangin
*Saye belum penah lagi nengok ade orang lain yang buat kuih
rangin ni untuk hantaran. So saye pon buat la..eh..tapi bukan
saye la buat..tempah kat kawan makcik saye..hihi..
Mula-mula mak nak tolong buatkan, pastu cerita dekat makcik,
makcik cakap kawan die pandai buat dan sedap jugak. Terus mak saye
cakap tempah je lah..senang dan murah jugak!
Harga untuk satu bentuk bunga tu RM 2.80, mak saye order 10
tapi untuk hantaran cuma bagi 4 aje..yang lain ngap ngapppp sendiri hihihi
lagipun kan..kuih ni kan kaler putih-putih brown gitu..
sesuai dengan tema saye.. *  ^_^


 3) Lovely Hard Jelly + Biscuit Famous Amous
*Tak nampak pun biskut Famous Amous kan kan kan..huhu
biskut tu ade kat bawah Lovely Jelly saye tu..
Mula-mula nak letak biscuit tu kat atas,
tapi di sebabkan warna dia brown *tak menarik sgt walaupun rasanye sedap*,
mak dan abah saye pun cakap tak menarik kalau letak kat belah atas,
so Lovely Jelly je letak kat atas..hehe*


 4) Set Johnson Baby
*Haaaaa..penah tak orang buat set Johnson Baby sebagai hantaran??
hihihihi...saye saja nak buat lain dari yang lain sebab tu
saye bagi set ni *padahal da takde idea..kuikui*
Lagipun Incik Tunang saye memang suke lotion-lotion ni..
So pada saye tak salah kan bagi die barangan macam ni??
Bukan baby je boleh pakai tauuu..hihihi*


 5) Coklat Crispy
*Coklat ni di SPONSOR oleh abah saye..hehe..macih abah!*


 6) Buah-buahan + Jelly Laici
*Ada 4 jenis buah yang saye bagi, tapi tak banyak sebab
PakLong saye awal-awal da cakap takyah bagi buah sebab dia nak
bagi buah kat Incik Tunang saye, tapi di sebabkan saye
takde idea nak gantikan buah dengan barang lain, so
saye bagi je buah tapi tak banyak..hehe*


7) Cake Yum (Color: Pink)
* Maapppp...hehehe..gambar bekasnye je yang ada sebab semua
gambar ni saye ambil sebelum hari kejadian, cake pun tak amik lagi! hehe
Kalau nak tengok hantaran full yang da siap ade gambar cake
kene tunggu Photographer bagi gambar..hihik* ^_^


 Di sebabkan gambar hantaran yang saye amik semua nye
tak menampakkan rupa stand yang sepenuhnya, saye pun amik la
gambar stand saje seperti di atas ni..hihi..ok tak kengkawan??


Okehh..yang ni last sekali, hadiah untuk parents dan tok ki dan tok mi
Incik Tunang saye.. Memandang kan mereka datang dari jauh *Terengganu*,
maka nye saya dan Incik Tunang pun berbincang untuk bagi
buah tangan untuk parents masing-masing..
Mak ngan Abah saye pon dapat jugak tauu..hehehe

Thursday, April 14, 2011

" DIY Pelamin Mini + Handbouquet Saye "

Okey semua..hari ni kite mulakan penceritaan kita dalam blog
dengan bacaan Bismillah ye .. aminnnn~~

Seperti yang di janjikan (walaupun agak lama ye..hihi..maapppppppp!!),
hari ni saye nak hupdate pelamin mini?? *kire pelamin jugak! Tak kira!*
berserta dengan handbouquet jugak. Dua-dua ni saye DIY sendiri ye.
Walaupun simple tapi saye puas hati..hihihi..

Dan saye ada OFFER untuk semua bakal-bakal tunang orang
ataupun bakal-bakal pengantin yang ingin menyewa bantal duduk,
pormander ball dan lain-lain lagi sepertimana yang saye gunakan,
jangan malu-malu untuk tanya dan email saye tau,
nanti saye akan bagi price nye ye..
jangan risauu..tak mahal..murah aje..   ^_^

 Ni la bantal duduk yang saye maksudkan. Cantik kan!
Colour : Putih
Diameter : 37 Inci
Yang kat keliling bantal tu adalah potpourri color pink cantik!
Kalau nak sewa bantal tu dan nak potpourri tu skali,
just inform saye tau..
saye tak amik sewa pon untuk potpourri tu.. ^_^

 Yang ni full view Pelamin Mini saye..
Simple kan ?? hehehe..
Ada 2 bijik side lamp (beli kat ikea..hihi)
Ada 6 bijik pormander ball termasuk yang atas side lamp tu (DIY)
Ada 2 gantungan kristal ( beli kat kedai bunga)
Ada 1 bantal duduk. *Takkan dua pulak kannn..hahaha* (beli kat jalan TAR)
Ada potpourri sekeliling bantal duduk saye (yang ni da lupa beli kat mane..hihi)
Ada lapik bulu-bulu kat atas karpet merah
(lapik bulu-bulu beli kat Kamdar, Karpet merah memang da ade kat umah)

 Yang ni pandangan sisi bantal duduk dan lampu..
Silauuuu youuu !!! hihi

 Pemandangan pormander ball dari jarak dekat hehehe
Kalau ada yang berminat nak sewa pormander ball ni pon boleh!
Boleh sewa 6 bijik sekaligus!   ^_^

 Pemandangan sisi backdrop pelamin mini saye!

Yang ni handbouquet saye (DIY jugak! hehe)
Bunga yang saye guna kan untuk handbouquet ni sama macam
bunga untuk hantaran kepada pihak lelaki. Ada lebih-lebih kan,
so saye amik dan buat jadi handbouquet. Jimat kan! hihik
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers