Pages

Friday, November 9, 2012

" Detik Menanti Kelahiran Putera Ahmad Izz Khasyi "

 
**ENTRY SUPERDUPER PANJANG**
 
Denggg~~
Sejak bila pulak awak letak Putera kat nama anak awak ni jaja oittt..
Ngeh ngeh ngeh ^_____^
 
Disebabkan jeles melihat ramai Mommies yang bercerita
kronologi melahirkan anak masing-masing,
harus lah jaja nak kene cerita jugak kan.. kehkeh
 
Niat sebenarnya nak berkongsi dua kes
(takde lah kes sangat ponn..cume ketidak puasan hati je ..hurmm)
yang melibat kan
makcik-makcik..biasalah manusia kannn..
 
Kita kongsikan dua kes tu dulu sebelum mula bercerita detik
menanti kelahiran anakanda yang disayangi..
 
KES 1 :
----------- 
MAKCIK1 : Orang yang bersalin secara operate ni rugi..
rugi tak merasa kesakitan bersalin normal..
Berjam-jam sakit nak keluarkan baby.. Operate nak rasa sakit apa..
bukan sedar & rasa bila doktor kuarkan baby..
(Sambil tersenyum sinis memerli)
 


KES 2 :
-----------
MAKCIK2 : Dengar cerita (tah sesape tahh cerita kat dia! T___T)
awak susah time nak bersalin aritu.. Baby takmau keluar..
Ada buat apa2 ke?

(Sambil tersenyum sinis memerli)
 
 
SATU KESIMPULAN UNTUK KEDUA-DUA KES!!
Bersalin senang pun dikata, bersalin susah pun dikata.
Apa kessss..??
Kesnya manusia takkan ade yang berpuas hati melihat orang lain
sama ada lebih atau kurang daripada diri sendiri
(tapi tak sume orang macam tu)..
Sesetengah orang sanggup berkata, bile kite rasa sakit lama nak bersalin 
itu menandakan Allah SWT sayangkan kita..
Nak menguji kita.. Sakit itu menghapuskan dosa!
Sesetengah nya pulak berkata, bila sakit lama, tu susah nak bersalin,
mesti ada buat dosa ngan suami la tu.. Atau pon macam-macam
dosa la ade di buat.. sebab tu susah nak bersalin..
Hokeyyy mulut orang susah nak tutup.. Ye tak? Huhuhu
Kepada makcik2 tersebut.. Makcik pun ade anak pompuan kan..
Belum tau takdir mereka macam mana kan.. huhu
 
Pedulikan apa orang nak kata yang penting kita tau diri kita..
Yang merasakan sume mende tu kita..
Setiap orang ada pengalaman yang berbeza..
Setiap kelahiran melalui detik yang berbeza..
Itu sume dah di tentu kan.. :)
 
 
Orite ..hihihi berbalik kepada topik asal ^_____^
Jaja nak cerita detik-detik nak melahirkan
mudak mucuk motak bawah ni..hehehhe
 
 
 
 
17th July 2012 ( 38 minggu 3 hari )
----------------------------------------------------
 
7.30 pagi :
Nak buang air kecik, tengok macam ade darah.
Tapi cam kabur-kabur betul ke darah.. maklum la baru mangun tido..heeee :P
 
8.00 pagi :
Duduk kat katil sambil tengok husband bersiap nak pegi kerja.
Dalam hati.. nak bagitau ke tanak.. Tanak bagitau..
tapi takut pulak kalau tak bagitau.. So bagitau jugak kat die..
Tapi suruh husband pegi keje jugak sebab takut tersalah
nampak tadi mamai-mamai..
 
 9.00 pagi - 3.00 petang :
Husband da start tanya keadaan ok ke tak.. Always sms..
Yang kite cuak tapi boleh relax lagi main FB.. tengok tv..
Tapi sentiasa ulang alik masuk bilik untuk check sebab tak sakit apa pun.
 
3.30 petang :
Check tengok memang ada darah.. tapi tak banyak mana..
Tambah cuak.. Cuak je lebih..
Nak bagitau mak ke tak... Masih boleh tahan tak bagitau..hihi
 
5.45 petang :
Husband balik umah.. borak-borak ngan mak & pakcik..
Mak pelik kenapa balik awal sebab selalunye OT hehehe..
Husband pun bagitau nak pegi sepital jaja kata kuar darah..
Mak pon kuar lah dialog -
"ooo ... kite da agak dah sebab die tak senang duduk.. kejap-kejap bangun masuk bilik"
Ok mak.. rupanye mak memerhatikan gelagat i yeeeee hihihihi
 
 
8.00 malam :
Gerak pegi sepital.. Check CTG.. kene seluk.. masih boleh relax..
Walaupun first seluk tu telah menyebabkan darah keluar terlampau banyak.
Cuak 1000% tauuu..
 
10.00 malam :
Doktor cakap kene tahan ward sebab darah kuar banyak sangat..
Contraction kuat tapi yang doktor pelik jalan tak bukak langsung &
jaja tak rasa sakit langsung..
Bermula lah bermalam di ward bersama husband & mak..
Kroh krohh jom tido..hehe.. tak tido mana pun..
sebab dah start kena masuk air & check CTG selang sejam ke dua jam tah
dah lupe..
Pastu kene cucuk apa tah nama die ..dah lupe jugak ..pelupa sungguh..huhu
Alaaa yang untuk matangkan paru-paru baby tu..
kene cucuk dua kali tuu.. okey.. tu je untuk malam tu..
Jangan risau.. setiap kali bagitau nak di cucuk..jaja da pejam mata
awal-awal..hahahah.. so berapa banyak cucuk pun tak kisah sebab
1 pon jaja tak tengok time diorang cucuk..
 



18th July 2012 ( 38 minggu 4 hari )
----------------------------------------------------

 10.00 pagi :
Abah datang amik mak .. Tinggal lah kami berdua..
Check CTG memang tak penah lepas la kan..
 
 12.00 tengahari :
Doktor datang & bagi explaination sume tu..
Doktor suruh pegi jalan-jalan Giant (sebab tak jauh dari sepital tu)
2,3 jam.. kul 4 datang sepital balik..
Tapi kami ngelat..Ajak husband balik rumah..
Sebelum tu sempat singgah beli McD dulu .. ngeee :P
 
4.30 petang :
Terlewat setengah jam ..
Terus sambung check CTG .. normal pulaknya..
hadoiii.. tak sabar-sabar dah time ni nak baby keluar..
heheeeeee...
Masih bersenang lenang..
 
8.00 malam :
Doktor datang check.. Cakap pegi makan apa-apa nak makan..
sebab kul 10 check CTG, kul 11 nanti dia akan buat VE lagi..
kalau takde bukaan jugak, induce! huuuuuu
 
9.00 malam :
Turun carik kedai makan..
Sempat makan roti canai & air sirap... :P
 
10.30 malam :
Lambat lagi ..hahahhaha
masuk wad terus nurse datang check CTG.. lepas tu terus panggil doktor..
doktor datang terus wat VE & dah siap bawak ubat untuk induce!
Check.. 3cm dah.. cuak je lebeyyyyy... sakit tak rase apa2 lagi pn..
so doktor cakap, tak perlu induce sebab da ade bukaan..
ok lega..
Then doktor cakap, dia dah betulkan sikit time buat VE tu..
Nanti malam da start la rasa contraction..


19th July 2012 ( 38 minggu 5 hari )
----------------------------------------------------
 
1.00 pagi :
Memang betul! Dah start rasa contraction .. tapi gitu-gitu je la..
masih boleh tido nyenyak..jangan jeles..kuikui
 
3.30 pagi :
Dah start rasa contraction setengah jam sekali..
Tapi rasa sikit, lepas hilang rasa contraction boleh tido balik..
 
5.00 pagi :
Nurse datang dengan doktor. Buat VE lagi..
5cm already. Doktor cakap pukul 6 nanti naik labour room..
 
6.00 pagi :
Nurse datang untuk bagitau & bawak pegi labour room..
Ward betul-betul depan tangga.. Labour room naik setingkat je..
Nurse tanya nak naik lif ke tangga..
"Tangga je la nurse.. da depan mata je tangga ni"
Takde rasa sakit pun time tu, tu yang boleh je naik tangga..
Call mak bagitau -
"da nak masuk bilik bersalin da ni makkkk.."
 
6.15 pagi :
VE again. 6cm. Dah 6 cm ni baru la terasa sakit lain macam.
Time tu la rasa nak terkencing, nak mengiring, nak pegi jalan-jalan padahal
perut memang da terpasang CTG all the time la kann..
Nurse & husband buat muka pelik..
** Husband kena marah..huhu.. ampun sayanggg.. tu la orang tengah sakit-sakit
pegi main tepon msj2 ngan orang lain wat pe..tihihihi **
 
6.30 pagi :
VE again. 8cm. Doktor pecahkan air ketuban..
Dengarlah sayup-sayup suara perbincangan antara doktor ngan nurse..
Lepas tu, doktor keluar masuk.. Husband yang cuak.
Rupanya baby da poopoo kat dalam, air ketuban takmo abes keluar..
Doktor try lagi betulkan kedudukan baby &
tanya jaja ade rasa nak teran/poopoo ke tak..bukaan dah 10cm dah ni..
Jaja pun jawab " Takde rasa apa pun doktor "
Doktor : "Try teran!"
Jaja : "uhhh (meneran).. takde rasa la doktor.."
 
Doktor keluar masuk lagi & decide..
"Kita kene operate ni"
Diorang pun settle sume..
Jaja sign sume2..
Move to OT room..
Using wheelchair yehhh.. dengan seksi meksinya ..
Baju tak sempat la nak ikat kat belakang tu kann..
 
8.00 pagi :
Masuk OT room..
Dalam hati cakap : "Ehhhh kecik nya katil ni..muat ke.."

Naik katil pun takut-takut tauu ..
 
Pastu berdrama la kann...
mula la nak terkucil laa .. kaki memang menggeletar abes..
Malunyeeeeeeeeeeeeeeee hukhuk
Pastu mulut asik tanya, bila doktor bius nak sampai..
 
8.20 pagi :
Doktor bius dah sampai, terus menjalankan tugas..
Sikit demi sikit jaja da rasa kebas je kat kaki kan..
Terus pasang penghadang.. jaja pun baring relaxx..
Doktor yang patut handle if bersalin normal tadi dok urut-urut
tangan jaja..
Bila terasa ada lukisan kat perut..
Jaja : "Doktor, perut saya dah kena belah ke?"
Doktor tu pon senyum & menggangguk..
Sempat lagi la ko nak tanya kannn jajaaaa..  T____T
 
8.48 pagi :
Dengar suara baby.. Tersenyum ^______^
Terus tersleep hihihi..
 
 
Sampai la diorang da siap wat keje, nurse pun kejut jaja..
Nak bawak keluar dari OT tu, nampak la baby yang di tiarap kan
sedang angkat kepala tengok Mama dia!
macam tau mama dia nak lalu ..
Nurse pun amik baby dan letak atas badan jaja & bagi jaja kiss baby..
Keluar dari OT terus pandang husband & bagi die senyuman yang
palingggg manis !
** manis keeee..kehkehkeh :P
 
Ya Allah.. leganya hanya DIA yang tau bila tengok baby yang
kita bawak kehulu kehilir dalam perut selama ni, dah ada depan mata!
 
Comelnyaaa anak mama..
 
* 50 minit selepas keluar dari perut mama *
 
 
Mama sayang Izz sangat-sangat.. muuahhhhh :*
 
 
P/S : Tak kira semudah mana atau sesusah mana kita melalui saat-saat
untuk melahirkan AMANAH ALLAH ini, sepatutnya kita bersyukur.. Sebab ALLAH
bagi kita peluang merasai keindahan melahirkan zuriat kita sendiri..
Dan kita tak sepatutnya memerli/memperlekehkan orang lain sekiranya
orang itu mudah/sukar melahirkan zuriatnya..
Ada hikmah di sebalik kejadian.. ALLAH dah tentukan semuanya..  :)
 


Tuesday, October 2, 2012

" My Little Hensem Macho Cute Boboboi "

 
Title tak menahan..kehkehkeh..
Sape lagi nak puji anak kite melainkan kite sendiri kannnn! ^____^
 
 
Hari ni 2/10/2012 genap la 76hari usia baby boboboi jaja..
okey..memang lembab nak update.. da 3 bulan tak update blog.
Tapi rajin blogwalking wokeyyy..
hehehe..
 
Okeh jom, sambil membebel, sambil tengok gambar.
 
 
 
Tragedi 17 July 2012..hahaha..
Masa pregnant memang tak suka tangkap gambar.
Ni gambar sebelum pegi hospital & warded ..7.46pm..
Dah turun tanda baru terhegeh-hegeh nak tangkap gambar buat kenangan..
T______T
 
 
 
Tadaaaaa!!!
Presenting My Little Hensem Macho Cute Boboboi..
 
( 50 minit selepas dilahirkan )
 
Nama : Ahmad Izz Khasyi Bin Ahmad Amri Hassaini
Jantina : Boboboi
Tempat Lahir : Hospital UMRA, Shah Alam
Tarikh & Masa Lahir : 19 July 2012 , 8.48 am
Berat : 3.07 kg
Panjang : 48 cm
(Dalam gambar macam panjang sangat je..hihi)
Cara melahirkan : Emergency Czer
(Jalan da bukak 10cm tau.. tapi baby tak boleh kuar sebab
kepala tak boleh pusing betul gara-gara perut mamanya..perut kecik!)
 
 
 
20 July 2012
Dah balik rumah! Boboboi say hi! hihik 
Muka merah padam dua hari berturut-turut
Sebab kat hospital ada aircond,
balik umah berbahang je takde aircond..huuu~~
 
 
 
Control Hensem la tuh! kihkih
 
 
30 August 2012
Dah pandai main! hikhik
 
 
 
Pegi Open house lepas abes pantang..  :P
 
 
Nak belaja tinju!
 
 
Sessi berborak dengan mama..heheeee~~
 
Semoga anak mama membesar dengan sihat dan berjaya tauuu..
Mama lovee u..mmuahhhh  :*
 
 
 
 
 


Saturday, June 30, 2012

" Mommy To Be "

Seronok bila baca blog-blog Mommy To Be atau yang memang dah jadi mummy ni..
Banyak tips-tips atau cerita-cerita besh and cute sama ada pengalaman
diorang ngan baby, pengalaman diorang time pregnant..
Kekadang rasa nak cite gak, tapi tah..hihihi
Tatau nak cite apa..

Ari ni 30 June 2012, genap lah 36 weeks jaja bawak baby dalam pewot
atau kata saintifik nye PREGGY..  :P

Ada yang kira-kira 36 weeks tu dah cukup 9 bulan,
tapi kalau kire ikut hari masih 8 bulan lebih kan kan kan.
** Ayat nak sedapkan hati sebab nebes nak bersalin nanti..hahahaha **

Mula-mula jaja checkup sume kat
Hospital Bersalin Razif & Norana..
Diorang bagi due jaja bersalin 30 July 2012.
Tik tok tik tok.. ok ade 30 hari lagi ..
cuakkkkkkkknyeeeee   T____T

Pastu dalam proses dok kat umah, survey-survey sepital..
Lama-lama decide nak tukar sepital lah!
nak bersalin kat sepital lain lah! Cari yang murah sikit..hehe
Dan buat keputusan nak berpindah ke
HOSPITAL UMRA
Tapi still checkup kat Hospital Bersalin Razif & Norana tu
sampai la 30 weeks.

Cukup 33 weeks, siap-siap la nak pegi mendaftar ke Hospital Umra.
Sebenarnye dah penah pegi dah time 29 weeks
sebab buat appointment untuk 3D/4D scan kat situ ngan jezz.
So kira da mendaftar la..heheeeee  ^_____^

Dah sampai situ, jumpa doctor sume..
tetibe rasa menyesal checkup kat Hospital Bersalin Razif & Norana
sampai 30 weeks tu.
Kalau tau, dari awal da pindah ke Hospital Umra.. sobssss  :'(

Sebab ???
Kita dah la first pregnant kan, kat Hospital Bersalin Razif & Norana
setiap kali checkup, takde doctor die nak bagi penerangan yang lengkap.
Scan-scan. Cakap baby sihat. Tanya ubat ade lagi ke tak.
Itu je!
Penah tanya gender baby pon tak dpt nak confirmkan.
Kalau tak tanya lagilah memang takkan di bagitau..huhu..

Kat Hospital Umra pulak, semua dia terangkan. Dari A-Z..  
Dan yang paling upset sesangat sebab, bila da kat Hospital Umra,
Doctor tanya pasal injection ATT, jaja blur sebab tak tau.
Bayangkan dah 33weeks tapi tak kena ATT pon kat
Hospital Bersalin Razif & Norana tu.
Dah la patut kene cucuk dua kali sepanjang pregnant.
Tak pasal-pasal kena sebulan dua kali tau.
Kalau tak bole la jarak sikit inject tu.


Lepas ni takmau pegi situ lagi..
Merajuk !!!
Langsung tak jaga patient yang tak mengerti apa-apa ni.
huhuuuuuuuuu

Ok ok ok, kite tutup cite pasal sepital ni..hihihihi..
Eh lupa pulak..
Due yang Hospital Umra bagi 29 July..
bertambah awal nebes pon bertambah.
Doctor da explain ciri-ciri kalau nak bersalin.
Time doctor explain, konon-konon angguk dengan penuh
kusyuk dan tawadukkk gituuww.. awww..
Dalam hati...
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
NEBES NEBES NEBESSSS

 Last untuk entry kali ni,
Terima lah kaki tangan dari jaja!
Eh dari baby jaja..hehehhh


** 29weeks **

Yang ni baru la betul dipanggil kakitangan..tihihihihi
Takmau tunjuk muka lagi .. Takmau tunjuk gender lagi ..
nanti tak surprise!

Lagipun dari scan aritu jaja dok tengok everyday gambar baby
yang dalam pewot ni dok ikut muka sape..hahaha

Lebiu sayang mama.. Tak kisah la ikut sapa pon..
yang penting seeehatttt..
Baby sehat hati mama ponnn ikut sehat & senang hati..
Aminnnnnn





Thursday, June 28, 2012

" FISHER PRICE Portable Rocker "

Lamanyeee tak update blog.. tihihi..

Untuk kali ni jaja nak open order bagi yang betul-betul minat nak order je ye.

OPEN FOR ORDER!!!!
Fisher Price Newborn-to-Toddler Portable Rocker

macam dalam gambar kat bawah ni..
 




Promotion Price RM 195 ONLY!!!!
+ FREE GIFT from jaja ;)
Harga kat luar RM 250++ tau...

Tapi jaja bukak order sampai esok tengahari sahaja.
Bersamaan 1 July 2012.

Kalau minat nak order,
bole terus email jaja di

atau bole inbox jaja kat facebook.
Search : Jaja Khalida

Mekacihhh kawan-kawan ^_______^



** Gara-gara dah lama tak update blog, setting nak taip entry da bertukar pon jaja
taktau. Abis pening memula tadi..kihkihkih..





Friday, April 6, 2012

" Ber business Barangan Baby "

Hi semua!!
Assalamualaikum ^_________^
Hari ni jaja just nak update atau pon nak bagitau kawan-kawan
yang jaja sekarang ni dah start berbusiness online untuk menjual
barangan baby tauu..

Pada kawan-kawan yang berminat atau mencari-cari toys, baju baby
atau pon tilam baby,
boleh la add jaja kat facebook tau.
Sebab jaja rasa kat facebook senang nak berurus niaga.

Jaja ada blog untuk berbusiness ni, tapi
takut tak terlarat nak update dua tempat sekali gus.
hihi..
Ni antara yang jaja jual buat masa ni:

 

 


Jom kawan-kawan jom add jaja.


 Shopping Timeee!!
Yeayyyyyyyyyyyyyyyyy...




Friday, March 9, 2012

" Need Someone "

Assalamualaikum w.b.t

 
Minggu ni bukan lah minggu yang hepi-hepi gitu.
Lebih-lebih lagi hari ni.
Kenapa?
 
Sebab mood tak menentu.
Sebab kite rase kite diabaikan. Sob sob sob.
Sebab badan rasa tak sihat.
Dah dua tiga hari.
Tapi disebabkan semalam mungkin penat tolong-menolong
di kenduri rumah makcik,
kesihatan tu makin tak memuaskan.
Kalau nak diikutkan dah lama dah tak mun-mun.
Tapi hari ni, sampai rasa nak tercabut urat-urat kepala
lepas semua yang da masuk perut keluar balik.

" Biasalah tu, pembawakan budak "
" Tahan lah sikit, mengandung memang macam tu "

Tu memang antara ayat yang femes la
kalo kite baru nak bermanja-manja nak mengadu
tentang keadaan kite. Huhu ~~

Walaupun dari kecik lagi da biasa uruskan semua nye sendiri.
Tapi bila sampai masa yang sekarang ni,
semua dah berubah.

Sebab yang utama:

Kalau dulu saye sensitip, sekarang saye sangat-sangat-sangat
sensitip x10 lagi. Sob sob.



 
Sebenarnye:

Kite nak ade orang yang manjakan kite.
Kite nak ade orang yang always tanya keadaan kite.
Kite nak ade orang yang tanye kite nak ape.. :(
Kite nakkan kasih sayang yang berlebih time sekarang ni.
Kite nak PERHATIAN 10000000%  huhuk
Sape boleh bagi kite semua tu ye?




Monday, February 20, 2012

" Kemunculan Tiba-tiba "

Bahahaha..
Janji tinggal janji..hihi..
Maap ye kengkawan, dah la lame tak hupdate,
Pastu bile hupdate terus gelak!
bukannye nak bagi salam ke ape ke..tihihi..

Assalamualaikum warga blog ^_____^

Di sebabkan beberapa masalah kesihatan juga masalah
kemalasan, sebab tu lah blog ni da lame tak terusik.
Sampai kan chatbox kat tepi tu dah expired!
Uwaaaaaaaaaaaaaaa..
Teruk tauuuu.. Sampai hati die tak bagi guna free lagi.
Gile tensen! T______T

Yang tu nanti lah jaja fix kan semula.
So tak dapat nak jengah balik blog mereka-mereka yang menyinggah
sepanjang jaja menyepi ni. Sedih!

Entry kali ni cuma nak tunjuk kan hadiah untuk Cek Noh tu.
Hihi.. :P
Dah lama dah pon. Dah basi bak kata orang
dulu kala. Tapi still nak tunjuk jugak.
Cek Noh pon dah receive lama dah hadiah tu.
Eh eh.. actually Cek Yah.. hihi..

Tadaaaaaaaaaaaa!!!!


Yang kanan (lime green+ pink) tu yang Cek Noh punye tau.. hehe..
Yang satu lagi (dark green+mustard yellow)
tu my bestpren yang punye..
Cik Zawani yang matang! Eh eh..hahaha ^_____^
Diorang suke diorang kata!
So rasa berbaloiiiiii sangat bila orang suka hasil kerja kite..hihik

Amacam kengkawan?
Ok tak jaja wat! :P
kalo ada yang teringin nak beg macam ni boleh order.
Jaja bagi price murah je sebab warna dah tak banyak dah.
Ade PINK (macam kat atas tu), BIRU MUDA,
HIJAU MUDA (gelap sikit je dari warna lime green kat atas tu)
dan jugak HIJAU GELAP (cerah 15% dari Dark Green dalam gambar tu).
Nak beli lagi kain felt macam malas.
Hahahaha!!
Kalau yang mana berminat nak jugak purse camni,
boleh la order dan pilih berdasarkan warna-warna
yang jaja bagitau tu.

Kuantiti terhad tauu..
Warna biru & pink banyak! yang hijau tu cume boleh buat satu
purse sahaja untuk setiap warna.

Harga???
Satu purse jaja letak RM 10
termasuk penghantaran.

Apa yang penting,
cute felt purse ni 100% handmade tauu.
Kelebaran purse ni, muat-muat duit RM50.

Sapa nak boleh comment kat sini atau email jaja kat

Mekacih kengkawan!