Pages

Friday, November 9, 2012

" Detik Menanti Kelahiran Putera Ahmad Izz Khasyi "

 
**ENTRY SUPERDUPER PANJANG**
 
Denggg~~
Sejak bila pulak awak letak Putera kat nama anak awak ni jaja oittt..
Ngeh ngeh ngeh ^_____^
 
Disebabkan jeles melihat ramai Mommies yang bercerita
kronologi melahirkan anak masing-masing,
harus lah jaja nak kene cerita jugak kan.. kehkeh
 
Niat sebenarnya nak berkongsi dua kes
(takde lah kes sangat ponn..cume ketidak puasan hati je ..hurmm)
yang melibat kan
makcik-makcik..biasalah manusia kannn..
 
Kita kongsikan dua kes tu dulu sebelum mula bercerita detik
menanti kelahiran anakanda yang disayangi..
 
KES 1 :
----------- 
MAKCIK1 : Orang yang bersalin secara operate ni rugi..
rugi tak merasa kesakitan bersalin normal..
Berjam-jam sakit nak keluarkan baby.. Operate nak rasa sakit apa..
bukan sedar & rasa bila doktor kuarkan baby..
(Sambil tersenyum sinis memerli)
 


KES 2 :
-----------
MAKCIK2 : Dengar cerita (tah sesape tahh cerita kat dia! T___T)
awak susah time nak bersalin aritu.. Baby takmau keluar..
Ada buat apa2 ke?

(Sambil tersenyum sinis memerli)
 
 
SATU KESIMPULAN UNTUK KEDUA-DUA KES!!
Bersalin senang pun dikata, bersalin susah pun dikata.
Apa kessss..??
Kesnya manusia takkan ade yang berpuas hati melihat orang lain
sama ada lebih atau kurang daripada diri sendiri
(tapi tak sume orang macam tu)..
Sesetengah orang sanggup berkata, bile kite rasa sakit lama nak bersalin 
itu menandakan Allah SWT sayangkan kita..
Nak menguji kita.. Sakit itu menghapuskan dosa!
Sesetengah nya pulak berkata, bila sakit lama, tu susah nak bersalin,
mesti ada buat dosa ngan suami la tu.. Atau pon macam-macam
dosa la ade di buat.. sebab tu susah nak bersalin..
Hokeyyy mulut orang susah nak tutup.. Ye tak? Huhuhu
Kepada makcik2 tersebut.. Makcik pun ade anak pompuan kan..
Belum tau takdir mereka macam mana kan.. huhu
 
Pedulikan apa orang nak kata yang penting kita tau diri kita..
Yang merasakan sume mende tu kita..
Setiap orang ada pengalaman yang berbeza..
Setiap kelahiran melalui detik yang berbeza..
Itu sume dah di tentu kan.. :)
 
 
Orite ..hihihi berbalik kepada topik asal ^_____^
Jaja nak cerita detik-detik nak melahirkan
mudak mucuk motak bawah ni..hehehhe
 
 
 
 
17th July 2012 ( 38 minggu 3 hari )
----------------------------------------------------
 
7.30 pagi :
Nak buang air kecik, tengok macam ade darah.
Tapi cam kabur-kabur betul ke darah.. maklum la baru mangun tido..heeee :P
 
8.00 pagi :
Duduk kat katil sambil tengok husband bersiap nak pegi kerja.
Dalam hati.. nak bagitau ke tanak.. Tanak bagitau..
tapi takut pulak kalau tak bagitau.. So bagitau jugak kat die..
Tapi suruh husband pegi keje jugak sebab takut tersalah
nampak tadi mamai-mamai..
 
 9.00 pagi - 3.00 petang :
Husband da start tanya keadaan ok ke tak.. Always sms..
Yang kite cuak tapi boleh relax lagi main FB.. tengok tv..
Tapi sentiasa ulang alik masuk bilik untuk check sebab tak sakit apa pun.
 
3.30 petang :
Check tengok memang ada darah.. tapi tak banyak mana..
Tambah cuak.. Cuak je lebih..
Nak bagitau mak ke tak... Masih boleh tahan tak bagitau..hihi
 
5.45 petang :
Husband balik umah.. borak-borak ngan mak & pakcik..
Mak pelik kenapa balik awal sebab selalunye OT hehehe..
Husband pun bagitau nak pegi sepital jaja kata kuar darah..
Mak pon kuar lah dialog -
"ooo ... kite da agak dah sebab die tak senang duduk.. kejap-kejap bangun masuk bilik"
Ok mak.. rupanye mak memerhatikan gelagat i yeeeee hihihihi
 
 
8.00 malam :
Gerak pegi sepital.. Check CTG.. kene seluk.. masih boleh relax..
Walaupun first seluk tu telah menyebabkan darah keluar terlampau banyak.
Cuak 1000% tauuu..
 
10.00 malam :
Doktor cakap kene tahan ward sebab darah kuar banyak sangat..
Contraction kuat tapi yang doktor pelik jalan tak bukak langsung &
jaja tak rasa sakit langsung..
Bermula lah bermalam di ward bersama husband & mak..
Kroh krohh jom tido..hehe.. tak tido mana pun..
sebab dah start kena masuk air & check CTG selang sejam ke dua jam tah
dah lupe..
Pastu kene cucuk apa tah nama die ..dah lupe jugak ..pelupa sungguh..huhu
Alaaa yang untuk matangkan paru-paru baby tu..
kene cucuk dua kali tuu.. okey.. tu je untuk malam tu..
Jangan risau.. setiap kali bagitau nak di cucuk..jaja da pejam mata
awal-awal..hahahah.. so berapa banyak cucuk pun tak kisah sebab
1 pon jaja tak tengok time diorang cucuk..
 



18th July 2012 ( 38 minggu 4 hari )
----------------------------------------------------

 10.00 pagi :
Abah datang amik mak .. Tinggal lah kami berdua..
Check CTG memang tak penah lepas la kan..
 
 12.00 tengahari :
Doktor datang & bagi explaination sume tu..
Doktor suruh pegi jalan-jalan Giant (sebab tak jauh dari sepital tu)
2,3 jam.. kul 4 datang sepital balik..
Tapi kami ngelat..Ajak husband balik rumah..
Sebelum tu sempat singgah beli McD dulu .. ngeee :P
 
4.30 petang :
Terlewat setengah jam ..
Terus sambung check CTG .. normal pulaknya..
hadoiii.. tak sabar-sabar dah time ni nak baby keluar..
heheeeeee...
Masih bersenang lenang..
 
8.00 malam :
Doktor datang check.. Cakap pegi makan apa-apa nak makan..
sebab kul 10 check CTG, kul 11 nanti dia akan buat VE lagi..
kalau takde bukaan jugak, induce! huuuuuu
 
9.00 malam :
Turun carik kedai makan..
Sempat makan roti canai & air sirap... :P
 
10.30 malam :
Lambat lagi ..hahahhaha
masuk wad terus nurse datang check CTG.. lepas tu terus panggil doktor..
doktor datang terus wat VE & dah siap bawak ubat untuk induce!
Check.. 3cm dah.. cuak je lebeyyyyy... sakit tak rase apa2 lagi pn..
so doktor cakap, tak perlu induce sebab da ade bukaan..
ok lega..
Then doktor cakap, dia dah betulkan sikit time buat VE tu..
Nanti malam da start la rasa contraction..


19th July 2012 ( 38 minggu 5 hari )
----------------------------------------------------
 
1.00 pagi :
Memang betul! Dah start rasa contraction .. tapi gitu-gitu je la..
masih boleh tido nyenyak..jangan jeles..kuikui
 
3.30 pagi :
Dah start rasa contraction setengah jam sekali..
Tapi rasa sikit, lepas hilang rasa contraction boleh tido balik..
 
5.00 pagi :
Nurse datang dengan doktor. Buat VE lagi..
5cm already. Doktor cakap pukul 6 nanti naik labour room..
 
6.00 pagi :
Nurse datang untuk bagitau & bawak pegi labour room..
Ward betul-betul depan tangga.. Labour room naik setingkat je..
Nurse tanya nak naik lif ke tangga..
"Tangga je la nurse.. da depan mata je tangga ni"
Takde rasa sakit pun time tu, tu yang boleh je naik tangga..
Call mak bagitau -
"da nak masuk bilik bersalin da ni makkkk.."
 
6.15 pagi :
VE again. 6cm. Dah 6 cm ni baru la terasa sakit lain macam.
Time tu la rasa nak terkencing, nak mengiring, nak pegi jalan-jalan padahal
perut memang da terpasang CTG all the time la kann..
Nurse & husband buat muka pelik..
** Husband kena marah..huhu.. ampun sayanggg.. tu la orang tengah sakit-sakit
pegi main tepon msj2 ngan orang lain wat pe..tihihihi **
 
6.30 pagi :
VE again. 8cm. Doktor pecahkan air ketuban..
Dengarlah sayup-sayup suara perbincangan antara doktor ngan nurse..
Lepas tu, doktor keluar masuk.. Husband yang cuak.
Rupanya baby da poopoo kat dalam, air ketuban takmo abes keluar..
Doktor try lagi betulkan kedudukan baby &
tanya jaja ade rasa nak teran/poopoo ke tak..bukaan dah 10cm dah ni..
Jaja pun jawab " Takde rasa apa pun doktor "
Doktor : "Try teran!"
Jaja : "uhhh (meneran).. takde rasa la doktor.."
 
Doktor keluar masuk lagi & decide..
"Kita kene operate ni"
Diorang pun settle sume..
Jaja sign sume2..
Move to OT room..
Using wheelchair yehhh.. dengan seksi meksinya ..
Baju tak sempat la nak ikat kat belakang tu kann..
 
8.00 pagi :
Masuk OT room..
Dalam hati cakap : "Ehhhh kecik nya katil ni..muat ke.."

Naik katil pun takut-takut tauu ..
 
Pastu berdrama la kann...
mula la nak terkucil laa .. kaki memang menggeletar abes..
Malunyeeeeeeeeeeeeeeee hukhuk
Pastu mulut asik tanya, bila doktor bius nak sampai..
 
8.20 pagi :
Doktor bius dah sampai, terus menjalankan tugas..
Sikit demi sikit jaja da rasa kebas je kat kaki kan..
Terus pasang penghadang.. jaja pun baring relaxx..
Doktor yang patut handle if bersalin normal tadi dok urut-urut
tangan jaja..
Bila terasa ada lukisan kat perut..
Jaja : "Doktor, perut saya dah kena belah ke?"
Doktor tu pon senyum & menggangguk..
Sempat lagi la ko nak tanya kannn jajaaaa..  T____T
 
8.48 pagi :
Dengar suara baby.. Tersenyum ^______^
Terus tersleep hihihi..
 
 
Sampai la diorang da siap wat keje, nurse pun kejut jaja..
Nak bawak keluar dari OT tu, nampak la baby yang di tiarap kan
sedang angkat kepala tengok Mama dia!
macam tau mama dia nak lalu ..
Nurse pun amik baby dan letak atas badan jaja & bagi jaja kiss baby..
Keluar dari OT terus pandang husband & bagi die senyuman yang
palingggg manis !
** manis keeee..kehkehkeh :P
 
Ya Allah.. leganya hanya DIA yang tau bila tengok baby yang
kita bawak kehulu kehilir dalam perut selama ni, dah ada depan mata!
 
Comelnyaaa anak mama..
 
* 50 minit selepas keluar dari perut mama *
 
 
Mama sayang Izz sangat-sangat.. muuahhhhh :*
 
 
P/S : Tak kira semudah mana atau sesusah mana kita melalui saat-saat
untuk melahirkan AMANAH ALLAH ini, sepatutnya kita bersyukur.. Sebab ALLAH
bagi kita peluang merasai keindahan melahirkan zuriat kita sendiri..
Dan kita tak sepatutnya memerli/memperlekehkan orang lain sekiranya
orang itu mudah/sukar melahirkan zuriatnya..
Ada hikmah di sebalik kejadian.. ALLAH dah tentukan semuanya..  :)
 


5 comments:

Mila Ahmad said...

Teringin jugak melalui zaman tu tapi masih belum dikurniakan rezeki lagi.

wisata bakti alam said...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

Zuraidah Butang said...

tahniah! nak baby gak..:P

izfanora said...

Allahu akbar.. comel sgt.. bersalin kt umra yer?

✿ jaja ✿ said...

Thanks kawan2.. :)
Izfanora : yup..jaja bersalin kat Umra.. :)